Adik-adik, semangat bergotong-royong atau sudah lama wujud dalam masyarakat di negara kita. Pernahkah adik-adik mendengar perkataan 'gotong-royong'? Adik-adik sudah tentu pernah mendengar perkataan ini. Bergotong-royong bermaksud bekerja bersama-sama secara tolong-menolong dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Semangat gotong-royong ini diamalkan oleh masyarakat sejak zaman nenek moyang kita dulu lagi. Itulah buktinya, semangat saling bekerjasama sudah lama diamalkan oleh masyarakat di negara kita. Pada hari ini, semangat bekerjasama atau bergotong-royong ini masih diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita. Semangat saling bekerjasama di kalangan masyarakat ini merupakan salah satu nilai murni yang terpuji. Kita patut berbangga kerana semangat ini mesti diutamakan oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita. Terdapat pelbagai contoh semangat bergotong-royong yang diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat di negara kita. Antaranya ialah membersihkan sampah sarap, membina jalan, jambatan, rumah untuk orang tua atau orang miskin, kenduri-kendara, dan sebagainya lagi. Penduduk desa di kalangan masyarakat Melayu pula masih mengamalkan gotong-royong membersihkan kawasan perkuburan, menanam padi, dan sebagainya lagi. Adik-adik, semangat bergotong-royong dan bekerjasama ini sangat besar faedahnya. Antaranya ialah dapat menjalin semangat muhibah dan mengukuhkan perpaduan masyarakat. Itulah sebabnya orang tua-tua kita pernah menyatakan: "Bersatu teguh, bercerai roboh". . Pernahkah adik-adik menyertai mana-mana aktiviti gotong-royong? Jika belum pernah, adik-adik cubalah mengambil peluang untuk menyertai sebarang usaha gotong-royong yang diadakan di tempat tinggal adik-adik. . Adik-adik tentu akan berasa gembira dan bangga dapat turut serta dalam aktiviti gotong-royong. Malah, keluarga adik-adik tentu akan turut berasa bangga atas usaha adik-adik menyertai gotong-royong. |
Manusia kadangkalanya amat sensitif apabila berkongsi maklumat kepada rakan-rakan, namun percayakah anda bahawa di sebalik penyampaian maklumat itu pastinya ada ganjarannya. Ilmu yang sedikit itu kalau dikongsikan bersama akan merebak ke serata pelusuk rantau. Oleh itu, jangan kedekut berkongsi maklumat kerana ganjarannya ialah pertambahan ilmu yang tidak terhingga. Renungkanlah bersama.
Wednesday, December 1, 2010
BMM 3105: PENGAJARAN BAHASA MELAYU BERBANTUKAN KOMPUTER.
BAHAN TEKS
Subscribe to:
Posts (Atom)